Pertama
Hari selasa merupakan hari tragedi dan malang buat kawan Loq iaitu Azizi dan Izrin.Mereka berdua ditimpa kemalangan yang dasyat di jalan ke Tangkak.Motor yang mereka naiki bertempur dengan sebuah lori besar.Azizi meninggal dunia manakala Izrin masih terlantar di hospital sekarang.Sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Azizi supaya arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.
Arwah merupakan rakan Loq sejak tahun lepas.Arwah merupakan anak murid ibu Loq semasa arwah belajar di SMK Seri Bemban dan arwah juga merupakan anak murid ayah Loq semasa arwah belajar di SMK Datuk Bendahara.Sepanjang Loq berkawan dengan arwah ni,die tak banyak buat hal.Bagi Loq,arwah merupakan seorang yang baik hati,simple,dan tak suke buat orang lain susah.
Izrin sekarang pula,masih terlantar koma di salah sebuah hospital besar di JB.Dia koma.Mari sama-sama doakan agar Izrin sembuh.
Kedua

Atok Loq punye adik ipar yang dipanggil Pak Mat telah meninggal dunia.Rumahnya di Sungai Rambai hangus dijilat api dan arwah telah mati dalam rumah itu.Berita ini Loq dapat masa malam rabu tu.Bila tengok rumahnya,memang sedih.
Arwah tinggal sorang di rumah,sejak kematian isterinya.Tapi saudara mara ada datang jenguk untuk bagi makanan.Tapi,skarang dah meninggal dunia.Sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah pak Mat supaya arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.
notakaki:Semua yang berlaku ini pasti ada hikmah disebaliknya. 
:Boleh rujuk di utusan online untuk baca berita tentang arwah Pak Mat
[klik sini]
Most Commented