Archive | Breaking News RSS feed for this section

Gong Xi Fa Chai!

13 Feb

Tanggal 14 Februari bersamaan hari Ahad ini kaum Cina akan merayakan Tahun Baru Cina.So esok la diorang akan sambut.Tahun ni merupakan tahun harimau.Tiger Year.

Kalau nak diikutkan aku tak punyai ramai kawan cina dalam siber ni.Mungkin Lenglui je kot.Aku je suka panggil dia Lenglui.Kalau korang nak tahu Lenglui tu la Amoi.haha.Tapi dalam dunia realliti aku mempunyai ramai kawan cina.

Jadi,untuk entri ringkas kali ini,aku ingin ucapkan kepada Chong Chee %#$ ,Sudin(India+Cina,tapi sambut jugak),Lye Chong Zeng,Amoi,dan ramai lagi lah.Semoga tahun Harimau 2010 ini menjadi tahun yang paling hebat bagi korang. Gong xi gong xi,ang pau na lai?

Sebulan bersama Fivio Hosting

31 Jan

Semua dah sedia maklum yang blog aku sekarang ini ditaja oleh Fivio.Terima kasih kepada En Fadh kerana sudi menaja blog ini.Dan insyallah,dalam sedikit masa lagi,aku akan melanggan dan membeli lagi hosting dari Fivio untuk projek baru yang mendatang.

Dan di kesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bloggers yang sudi join contest aku yang tak seberapa tu.Walaupun hadiah yang aku sediakan tak lah sebanyak dan selumayan mana.Tapi aku tahu niat korang nak join tu sebab nak tolong aku kan? =p

Aku agak kesal sebab tak dapat take part dengan kempen Blogger We Care tu atas sebab-sebab yang memang aku tak dapat elakkan.

(more…)

(Pengunguman) Tarikh tutup contest dah nak sampai

25 Jan

Saja je aku nak update quickpress.Nak inform korang yang tarikh tutup contest aku tu dah nak tamat.So yang tiba-tiba ada idea tu.Boleh la join ye. ^_^

http://loqnerd.com/2010/01/10/contest-namakan-2-domain/

Loqnerd.com Kini Bersama Fivio Hosting

2 Jan

Loqnerd.com kini selamat dipindahkan dari Rawanaz ke Fivio.Terima kasih kepada En Fadh kerana sudi menaja hosting saya.Aku pun banyak berlajar pasal networking dengan dia ni.Aku ada mendengar feedback yang kurang enak dari beberapa rakan blogger mengenai Fivio.Tapi fakta di sini ialah Fivio tetap terbaek dari Rawanaz yang aku gunakan sebelumnya.Aku harap Fivio dapat memuaskan hati aku.

p/s: Korang kena clear kan cache browser korang untuk view blog aku dulu ye.Ataupun update DNS.Tak pun bypass je. :)

AMBON N THE B’JAGURAN vs MALINGSIA BUSTARD

11 Dec

indonesianlooser

Tadi aku dapat satu link sesat dari twitter.  Aku lupa apa username nye. Sory tak dapat mention kat entri ni. Rupa-rupanya short link tu menghala ke laman 4shared. Terpampang di title. “AMBON N THE B’JAGURAN vs MALINGSIA BUSTARD” .

First impression aku ialah,wth is this thinggy? Oh,lagu rupenye. Aku playkan lagu tu. Ternyata apa yang aku fikirkan memang tepat. Tentang isu Ganyang Malaysia yang dulu panas dan sekarang bahangnya agak kurang.Mungkin dengan terciptanya lagu ni, isu ini akan naik semula?

(more…)

Hidup Berani Untuk Gagal

7 Dec

hidup berani untuk gagal

Hidup Berani Untuk Gagal.Gagal. Satu perkataan yang cukup dibenci oleh setiap manusia di muka bumi ini. Namun dengan kegagalan,ia akan membawa kepada kejayaan yang gemilang jika mempunyai strategi yang kukuh,semangat yang jitu dan disertai dengan sifat rajin berusaha gigih.

(more…)

Nak akaun google wave?

3 Dec

google wave

Harini sign in ke google wave. Whoa! Dah semakin ramai member-member dalam wave aku. Kebanyakannya member-member blogger dan twitter. Dan aku dapat peluang untuk invite sesiapa yang tidak ada ada lagi google wave ni. Ada 8 tempat. Siapa cepat dia dapat. Sila DM atau reply twitter aku di Twitter Loqolitos . Atau komen dan letak email di bawah. Ingat,siapa cepat dia dapat. Peluang terhad.

  1. eda
  2. aimzz
  3. emat
  4. fahrul azmi
  5. Mohd Jayzuan
  6. Dhiyafaris
  7. Nazri Kawi
  8. Liang

Add aku di google wave yah! – loqueterbaek[at]gmail[dot]com

Selamat Mengerjakan Haji Ibu Dan Ayah

16 Nov

Hari ini merupakan hari terakhir dalam tahun 2009 loq bersekolah. Sebenarnye ada 4 hari lagi untuk minggu ni. Tapi loq rase tak perlu datang kot. Ramai member-member pergi camping. Kalau datang sekolah pun,selalu main snooker je(tidur). Hari Rabu ni SPM dah bermula. Loq ucapkan semoga dimudahkan menjawab soalan kepada Aizat,Tyna,Shana,Nad dan blogger-blogger yang lain lagi. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM nanti.Dan jangan lupa untuk solat haja,berdoa kepada Allah,berselawat dan amalan sunat yang lain. Amalkan Surah Yassin dan Surah Al-Mulk.

Peristiwa penting lagi. Ayah dan ibu loq akan pergi menunaikan haji. Diorang akan bertolak dari KLIA,Sepang pada awal pagi hari Rabu ni. Doakan mereka selamat pergi dan selamat kembali. Dan semoga mendapat haji yang mabrur.Insyallah. Loq doakan mereka mendapat haji yang mabrur,selamat pulang,dan semoga mereka nikmati keindahakan di Tanah Suci.Mekah dan juga Madinah.Amin.

Official Trailer 2012

11 Nov

2012 merupakan filem yang paling loq nanti-nantikan tahun ni. Dan hari esok bersamaan 12 November 2009 merupakan tarikh filem 2012 ini akan mula ditayangkan di seluruh dunia. Jadi,hari Sabtu ni loq akan menyerbu panggung wayang di Dataran Pahlawan. Adakah dalam filem tersebut akan menampilkan semua teori kiamat dari setiap jenis agama? Atau hanya terdorong oleh ajaran Kristian semata-mata? Selamat Menonton.

Terima Kasih Saffa Untuk Blogger Tee

1 Nov

terima kasih saffa

Ramai yang soal loq,baju cool tu dah sampai ke belum? Untuk menjawab segala persoalan tersebut.Mesti korang tertunggu-tunggu kan? Tapi loq rase,sesiapa yang dah follow loq di TWITTER mesti dah tahu pasal ni. Tu yang untungnya korang follow TWITTER loq ni.hehe.

(more…)

Sistem Gred Baru SPM bermula tahun 2009

26 Oct

Calon-calon SPM untuk tahun 2009,akan mengalami perubahan dari segi gred.

A+
A
A-

B+
B

C+
C

D
E
G

Ini bermakna,tahun ini iaitu tahun 2009. Sistem gred yang lama akan dihapuskan dan digantikan dengan sistem gred yang baru ini.Tiada lagi A1,A2 dan seterusnya.

Dan satu lagi,bermula tahun hadapan iaitu tahun 2010. Para pelajar hanya dibenarkan mengambil  maksimum 10 matapelajaran sahaja. Maka,selepas ini,kita tidak akan kedengaran lagi sipolan ini sipolan itu mendapat A dengan begitu banyak sekali.

Kenangan berpuasa pada tahun ini…..

19 Sep

puasa

Minggu ni merupakan minggu yang paling mood loq tak baik. Loq menulis entri ini dengan keadaan yang kurang sihat. Loq dapat selesema. Proses menyucian dosa sedang berjalan. Demam!. Yes loq dapat demam. Tapi ape loq peduli,update satu kemestian bukan?

Esok dah raya. Maka,bulan Ramadhan pula akan beransur pergi.Korang tak sebak ke?

Kebiasaanya,untuk hari-hari ramadhan yang awal.Keluarga loq akan berbuka di rumah atok nenek. Belah ibu dan belah ayah. Puasa ketiga baru la sempat nak berbuka di rumah. Mula puasa ke-empat loq dah mula berniaga di Bazar Ramadhan Jasin. Tolong pakcik loq je.

(more…)

Lagu-lagu raya khas untuk bloggers!

12 Sep

pelita

Sedar tak sedar,dah nak raya dah pon kita kan? Kejap je sangat bulan puasa ni berlalu. Tinggal beberapa hari sahaja lagi bulan puasa akan meninggalkan kita. Memang sedih bila bulan Ramadhan meninggalkan kita. Harap-harap,kita semua dirahmati Allah dengan apa jua ibadah yang telah kita lakukan bulan Ramadhan tahun ini.

Jadi,lepas puasa,mesti la raya pulak kan? Raya tak sah bila tanpa lagu-lagu raya. Korang pon mesti suka lagu-lagu raya kan ?

So harini dengan rasminya loq akan mengumumkan satu web khas untuk korang dengar lagu-lagu raya yang evergreen.Tak luput dek panas,tak lekang dek hujan. Yang lama ada,yang baru pon ada. Macam-macam ada.

http://loqnerd.com/mp3

Kepada sesiapa yang nak rekues lagu-lagu yang raya dari loq,silakan la. Loq akan upload ke web mp3 tu. Oh ye,kalau nak download lagu-lagu raya,sila ke blog Kill vearn .

Selamat mendengar lagu-lagu raya!

Jom undi lagu 1 Malaysia !

14 Aug

Logo Satu Malaysia

Semalam loq online twitter. Tetibe chokilala tweet satu perkara tentang lagu Malaysia.Dekat laman web Najib iaitu Satu Malaysia.Sebelum ni loq dah tahu pasal pertandingan mencipta lagu 1 Malaysia di laman web Hot FM dengan pemberitahuan oleh Izz.So loq ingatkan di laman web Najib C4 ada pertandingan lain.Oh meleset pula sangkaan loq.Rupa-rupanya pertandingan yang sama.Oh satu lagi,jom follow twitter loq.

Jom la kita ramai-ramai pergi undi di Hot FM ye.Boleh berpeluang memenangi BlackBerry.10 buah BlackBerry disediakan.Siapa tak nak kan? Siapa nak pergi undi dan bagi komen.

(more…)

Ustaz Asri Rabbani meninggalkan kita seribu satu nasihat dan teladan

13 Aug

ustaz asri rabbani

Jam 11 di Hospital Pantai Bangsar.Malaysia dikejutkan dengan berita yang amat sedih.Ustaz Asri yang merupakan ketua kumpulan Rabbani telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ternyata kita kehilangan sebutir permata yang tidak ternilai harganya.Renung-renung sajalah,berapa lama arwah berhidmat dalam industri nasyid di Malaysia ini.Betapa banyak lagu-lagu yang berunsur nasihat yang telah arwah cipta untuk semua orang.

Jasa arwah juga bukan sahaja dalam bidang nasyid yang untuk mendidik manusia sejagat.Tetapi kumpulan rabbani telah lama terlibat dengan kerja-kerja kemasyarakatan.Betapa mulianya arwah.

Di bawah ini,loq ada lagu-lagu yang paling memberi kesan kepada diri ini.Sejak kecik,dengar lagu ni,siap hafal.Lagu-lagu ni memang diingati sampai hari ini.

Rabbani- Intifada [ DOWNLOAD ]

Rabbani -Pergi Tak Kembali [ DOWNLOAD ]

Rabbani – Anak Soleh [ DOWNLOAD ]

Semoga Allah,mencucuri rahmatnya.Dan ditempatkan di dalam syurga bersama orang-orang yang beriman.Alfatihah.

Jom menang iPhone 3GS dengan Exabytes!

7 Aug

iLoveMalaysia Campaign

Baru-baru ini syarikat hosting terkenal di Malaysia telah menganjurkan satu pertandingan sempena bulan kemedekaan ini.Sempena ulang tahun sambutan kemerdekaan negara Malaysia yang ke 52 ini,exabytes menawarkan hadiah yang giler lumayan berupa iPhone 3GS !!

iPhone 3GS ini berharga RM2500.Sememangya korang akan ternanti-nantikan hadiah macam ni kan? Kalau nak beli,tunggu ade janggut la loq nak beli.Dan satu lagi hadiahnya ialah external hard disk.Iaitu wishlist loq untuk tahun ni.

Hadiah giler cool.Cam ne nak dapatkan ek?

(more…)

Page 1 of 212»