Dimensions siri hiburan lain daripada yang lain
20 Dec

Baru-baru ini Maxis telah melancarkan projek terbaru mereka iaitu Dimensions. Projek ini adalah usahama dengan Astro.Dengan wujudnya Dimensions, suatu revolusi dalam bidang TV/Filem/Drama di tanah air telah tercetus dan semoga dapat diterima ramai.Dimensions merupakan siri hiburan pertama di Malaysia yang khas untuk telefon bimbit dan peranti mudah alih yang lain.

Dimensions merupakan drama sci-fi,paranomal,dan khayalan.Senang cakap,Dimensions merupakan Heroes versi Malaysia.Mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan cerita ini sebaik Ghost iaitu drama penyiasatan yang meletup di Malaysia.Jika anda sukakan Ghost,Dimensions pasti juga akan menambat hati anda.Drama bersiri ini mempunyai kekuatan nya sendiri.Sebagai contoh,karya ini mempunyai pelakon-pelakon yang berjaya membawa watak masing-masing dengan hebat.Mereka juga berjaya menjiwai watak masing-masing.Ekspresi wajah yang neutral ditonjolkan oleh setiap watak.
Sinematografi nya amat menarik.Dan jalan cerita pula tidak lembab.Jalan cerita yang kita tidak akan dapat menyangka apa yang berlaku selepas setiap babak tersebut.Tidak seperti filem-filem aksi yang lain yang terdapat di Malaysia.Pengambaraan sekitar Kuala Lumpur sememangnya tepat dengan ciri-ciri siri terbaru ini yang berlandaskan kemodenan.
Dialog tidak meleweh-meleweh.Satu lagi,segala dialog dalam cerita ini adalah di dalam Bahasa Inggeris.Yang mana aku rasa,amat bagus sebab dapat mendidik orang ramai untuk lebih maju dalam pemahaman bahasa kedua ini.Dimensions sememangnya menjanjikan kelainan daripada karya-karya Malaysia yang lain.
Apa yang penting,Dimensions memaparkan drama menarik yang mempunyai elemen kemodenan dan kecanggihan.Penonton Dimensions tidak akan berasa bosan dengan menonton cerita ini.Ditambah lagi dengan grafik dan efek-efek yang canggih.

Drama bersiri ini diterajui oleh Dhanya Nambiar, Nurinmawati, Lingam, Nur Hazwani, Oliver Johanan, Pak Muda, Ammar Alfian Aziz, Alias, Ben Tan, Jehan Miskin, Anne James dan Justin Chan.Walaupun ada beberapa pelakon yang masih baru,tetapi watak-watak mereka sememangnya menjadi.

Ben Tan melakonkan watak seorang yang jahat.Yang mempunyai kuasa seperti magneto di dalam X-Men.

Anne James pula melakonkan watak sebagai seorang professor yang bijak pandai.Boleh mengetahui apa sahaja perkara dengan hanya melalui fikirannya sahaja.

Salah seorang watak utama dalam Dimensions. Bekerja sebagai seorang pengamal perubatan.Dia juga mempunyai super power yang bagaikan cat woman.

Gadis kecil yang comel ini mempunyai perwatakan yang pelik.Dengan hanya meletakkan tangannya kepada sesuatu objek,dia mampu membaca dan mengawal objek tersebut.Objek dalam konteks ini ialah manusia.

Lingam melakonkan watak jahat.Makhluk ini ditugaskan untuk mencari hero-hero.Dan semua hero tersebut telah dinamai oleh si jahat ini dengan kod-kod.Kebanyakan watak dalam cerita ini menggunakan iPhone yang dilengkapi dengan GPS untuk menjejaki musuh.

Ammar Alfian Aziz melakonkan watak yang baik.Walaupun seorang Mat Rempit sejati,tetapi dia mempunyai tanggungjawab untuk melindungi nyawa manusia yang tidak berdosa seterusnya menjaga keamanan dunia.Dia mempunyai kuasa seperti hero Superman,tetapi malangnya tidak boleh terbang setinggi Superman Hollywood.

Di majlis perasmian Dimensions

Barisan pelakon dan orang kuat Dimensions
Siri drama hebat ini boleh disaksikan di handphone anda dengan cara ON (jarak) DS melalui SMS ke 22900 dan juga di laman web Dimensions di Dimensions.com.my.Selamat menonton Dimensions.
Mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan cerita ini sebaik Ghost iaitu drama penyiasatan yang meletup di Malaysia
Website Dimensions
Twitter
Youtube
Facebook
![Loqnerd [dot] Com](http://loqnerd.com/wp-content/uploads/2009/12/logo.png)
menarik nih!
rabun´s last blog ..KING NOTHING!
dulu aku bercita2 nak buat citer camni.
kalau aku anak Yusof Haslam mmg aku dah buat dah filem or drama camni time aku form 3 lagik kot. haha.
owh,tak masuk tv eh citer ni?
deennasour´s last blog ..deennasour kembali.
@deennasour: bagus la.Kau boleh collabrate dengan Orang Durian Pictures.Tak mustahil tu bro. Memang tak masuk.kalau masuk sure letop
bagus. aku nak tengok cerita nih. mesti menarik..
abrablog´s last blog ..TNX 2nd Cashout in December 2009
@abrablog: memang menarik.Boleh menang award ni.
aku sukeee…
izz´s last blog ..sehidup semati. itu Infiniti (QUICKPRESS)
hehe, semenjak Nur Kasih, industri tv negara dah jadi makin mantap.. hehe teruskan usaha!
samanosuke_04´s last blog ..Tak Sanggup Tengok ManUtd Kalah!!
@samanosuke_04: sebenarnye tak.Aku rase selepas kewujudan drama bersiri Ghost di 8TV.
setuju dgn loq..hehe cerita nr kasih tu sikit lembab sebenarnya tp sinematografi dan camera angle dia yg menarik jd feel tu dpt dirasa tanpa perlu banyak sangat dialog…
@ika: akhirnya ade orang jugak yg bersetuju dengan aku
Salam singgah,
wah info macam menarik ni… tapi yang ada gadget je ke?
mancai´s last blog ..kelebihan mengetahui PHP dan MySQL?
@mancai: tak jugak bro.Boleh ke http://dimensions.com.my untuk tengok drama tu.setakat ini ade 6 episode.Dekat web tu jugak boleh download episode2 dimensions
Loq,sape director drama ni..??
Khabir Bhatia ke..??
hm. superpowers.. tiru orang putih lagi.
btw. new theme really good looking
ariff´s last blog ..What’s Up With Hidup Berani Untuk Gagal
@ariff: Idea so cheap bro.Kalau tiru pun,Dimensions banyak masukkan elemen2 Malaysia.Tak percaye boleh tengok.Sekarang ade 6 episode.
wah. berwajah baru… pink. you look so guava.
aku bukak dimensions ni guna phone aku xleh pon…
1 minit kemudian~~~
lergh dier pakai flash as dier pnyer intro. mmg la leh bukak kat mobile device. apa la maxis. kata khas utk mobile phones ngan other mobile devices. tp berapa sgt yg ada support flash.
fahrulazmi´s last blog ..Sleep at almost 7 everyday and wake up a…
@fahrulazmi: aku dalam proses merenovate la ni.Ke bro nak buatkan theme untuk blog ni?Full credit all the time aku bagi. :) .
handphone yang support je la kot.Kalau yang tak support tu,diorang boleh terus langgan je dengan Maxis.Download terus ke handphone.
buatkan theme? hahaha. nanti la.
Good luck with the editing. Guna custom CSS yg dah ada kat option theme ni jer. So kalau tersalah, at least coding asal x rosak.
iPhone xkan la dier x support.
fahrulazmi´s last blog ..Uploaded few new themes to terbaek.com.
@fahrulazmi: dolak dalih pulak.haha.
### pembetulan, sorry…
“memang la TAK boleh bukak kat mobile devices”
“bukan intro, tp the real site”
fahrulazmi´s last blog ..Sleep at almost 7 everyday and wake up a…
Hantu banyak sangat di Malaysia ni.termasuklah
mesticun´s last blog ..Adobe Photoshop freemason 
hantu durian.hantu saya tak pasti makan tak durian.
@mesticun: hantu durian tu fake.haha.teringat upin ipin kan.
hanset 3100 aku leh main tak? hoho~~
aman´s last blog ..Opera 10.5 Membawakan Pelbagai Fungsi Baru
@aman: sedangkan phone 3310 aku ni boleh tengok Dimensions,takkan 3100 ko tak boleh.(jangan percaya)haha
seyes tgk watak2 dia tu dah macm crita X-men lak..hohoho
akan ku tgk kalau sempat download XP
(que crita korea banyak lg… -__-” skip la utk crita ni dulu hoho)
ika´s last blog ..kuciwa
jap2..die nye crita mmg pendek2 je ek setiap ep? xsmp 5 mnt pun..
ika´s last blog ..kenapa aku benci kedatangan 2010?
@ika: yes.Memang pendek2.Sesuai untuk mobile
Artikelnya bagus saya suka sekali dengan tulisan anda. Saya akan menjadi follower anda dan menjadi pembaca setia :)
Saya senang sekali dengan tulisan ini, adakah tulisan yang sejenisnya.. ? kalau ada bagaimana cara saya mendapatkan update dari blog ini ? terima kasih..
@Dudy Adityawan: terima kasih.Senang2 jom tukar link blog? Boleh follow saya di twitter.com/loqolitos . Ataupun langgan blog ini ya.