Sebulan bersama Fivio Hosting

31 Jan

Semua dah sedia maklum yang blog aku sekarang ini ditaja oleh Fivio.Terima kasih kepada En Fadh kerana sudi menaja blog ini.Dan insyallah,dalam sedikit masa lagi,aku akan melanggan dan membeli lagi hosting dari Fivio untuk projek baru yang mendatang.

Dan di kesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bloggers yang sudi join contest aku yang tak seberapa tu.Walaupun hadiah yang aku sediakan tak lah sebanyak dan selumayan mana.Tapi aku tahu niat korang nak join tu sebab nak tolong aku kan? =p

Aku agak kesal sebab tak dapat take part dengan kempen Blogger We Care tu atas sebab-sebab yang memang aku tak dapat elakkan.

(more…)

(Pengunguman) Tarikh tutup contest dah nak sampai

25 Jan

Saja je aku nak update quickpress.Nak inform korang yang tarikh tutup contest aku tu dah nak tamat.So yang tiba-tiba ada idea tu.Boleh la join ye. ^_^

http://loqnerd.com/2010/01/10/contest-namakan-2-domain/

Contest Namakan 2 Domain!

10 Jan

Aku sangat menghargai kepada korang yang berikan aku moral support.Terima kasih sangat-sangat.Sebagai jasa-jasa untuk membalas jasa korang semua.Aku nak bagi korang hadiah.Tapi tak seberapa la kan.Al maklumlah,aku ni pun masih menganggur lagi.

Tapi sebelum korang merembat segala hadiah yang aku sediakan.Korang perlu buat satu sahaja tugas atau task.Caranya amat mudah.Tema nama domain adalah bebas.Tak ada kokongan.Apa sahaja yang terlintas di fikiran korang.Korang hanya perlu cadangkan 2 nama domain :

Ciri-ciri nama domain yang aku perlukan :
tidak terlalu panjang.
mudah diingati.
unik dan lain dari yang lain.
hanya domain yang ber dot [com]/[net] dan [org]

Macam mana nak sertai?

1. Follow aku di twitter @loqolitos
2.Subsribe blog aku melalui email(tak wajib,sebab korang pun tak suka baca dari feed kan?haha).Tapi kalau subscribe blog aku,chances korang untuk menang lagi tinggi.
3.Letak 2 nama domain itu di ruangan komen di entri ini.Pastikan nama domain tersebut itu masih available.Korang tahu kan mane nak check? :D

Hadiah yang aku sediakan tak lah lumayan mana sebagaimana hadiah dalam contest Denaihati dan Jerungperkasa tu.Tapi cukuplah aku sediakan mana yang aku mampu buat masa ni.

Pemenang hanya dua orang sahaja :
2 bulan iklan di sidebar blog ini.
Topup RM10 untuk setiap orang.

Contest ini akan tamat tepat pada jam 12.00 malam bulan Februari ini.Selamat bercontest!

Harapan

7 Jan

Lusa,semua pelajar akan menempuh setahun lagi dalam alam persekolahan.Bagi yang baru nak naik darjah 1 masih panjang lagi masa untuk berada dalam mood sekolah.Bagi yang akan naik Tingkatan 5 bagi sesi 2010,kita hanya tinggal beberapa bulan untuk struggle dengan study untuk SPM.Tahun 2010 menjanjikan seribu satu cabaran dan halangan yang bakal kita hadapi.

(more…)

Hari Pertama Bersekolah Di Tingkatan 5

4 Jan

Seperti yang semua sedia maklum.Harini bermulalah hari persekolah bagi sesi 2010 untuk para pelajar di Malaysia.Untuk kanak-kanak yang baru masuk darjah 1 atau tingkatan 1 mesti excited sekolah kan?Untuk orang yang macam aku confirm ada yang nak habiskan cepat kan?Macam-macam perasaan.Untuk entri kali ni,aku nak cerita sikit tentang first day aku sekolah.Hari pertama aku bersekolah untuk sesi 2010 untuk tingkatan 5.Yelahkan,masa yang diberi kepada aku untuk online ni baik aku manfaatkan untuk update blog ni.

(more…)

Loqnerd.com Kini Bersama Fivio Hosting

2 Jan

Loqnerd.com kini selamat dipindahkan dari Rawanaz ke Fivio.Terima kasih kepada En Fadh kerana sudi menaja hosting saya.Aku pun banyak berlajar pasal networking dengan dia ni.Aku ada mendengar feedback yang kurang enak dari beberapa rakan blogger mengenai Fivio.Tapi fakta di sini ialah Fivio tetap terbaek dari Rawanaz yang aku gunakan sebelumnya.Aku harap Fivio dapat memuaskan hati aku.

p/s: Korang kena clear kan cache browser korang untuk view blog aku dulu ye.Ataupun update DNS.Tak pun bypass je. :)

Aku nak pindah hosting!

1 Jan

Hati aku dah panas ni.Menggelegak.Lebih panas dari boiling water.Rawanaz dah dekat dua minggu tak reply email aku.Aku dah sms pun tak balas.Dulu lepas aku kutuk kaw-kaw punya.Diorang dah settle kan masalah.Sekarang aku ada masalah FTP,nak kena aku kutuk baru nak settle kan masalah aku ke Rawanaz? Ada sesiapa baik hati nak taja aku hosting? Sumpah aku dah fed up gila dengan Rawanaz yang sucks ni.

My Top 10 Treat List in 2010 (part 1)

29 Dec

Dulu. Aku pernah tulis pasal whislist aku untuk birthday aku. Alhamdulillah, kebanyakan nya dapat. Confirm parents aku baca blog ni. Tu yang diorang belikan tu. Jeans, streamyx unlimited, rubik dan custom shoes. Semua tu aku dah dapat. Terima kasih jugak kat parents aku yang tolong belanja semua tu. Cuma external hardisk je belum. Takpe, aku gune ayah aku punye je.

Treat list yang aku senaraikan di bawah ni adalah tidak termasuk dalam wishlist hari jadi aku yang ke 17 nanti ok.So,jage-jage lah dengan aku.Sebab aku ni pendemand yang besar.

(more…)

Alone

27 Dec

Setelah sekian lama penantian,akhirnya 12.30 malam ni,insyallah parents aku tiba di Malaysia.Erm,bila diingat-ingatkan balik,banyak kenangan yang aku dah alami sepanjang parents aku di mengerjakan haji.Banyak masa habis dalam rumah.Keseorangan.Memang pernah terlintas di fikiran aku perasaan sunyi.Tapi takpelah,itu hanya sementara.Jadi untuk entri ini,aku nak share sikit pasal life.

(more…)

Good Luck Friends

23 Dec

Semua maklum esok adalah hari paling getir kepada semua pelajar tingkatan 3.Pengalaman aku,hari mengambil result PMR ialah hari paling menggetirkan daripada hari hendak menduduki peperiksaan.

Ingat lagi tahun lepas,aku tak ambik pun results.Hari keluar results tu aku tidur sampai ke petang.Dan ayah aku lah yang tolong ambilkan result tu.Cara ni paling senang untuk rilis perasaan nervous korang tu.

Jadi,kesempatan ini,aku nak mengucapkan good luck kepada member-member bloggers. Kepada Azfarul esok kau jangan terkencing dalam seluar pulak ye?haha.Jangan marah beb,gua gurau je ni.Dekira,Fatin Fatanah,Cydot,Nina,Keyrol,Anis,Wan,Mira,Annie,Fazrul,dan lain-lain.

Ingat apa yang korang dapat semuanya ada hikmahnya.Syukur dengan result korang dapat.PMR IS NOT EVERTHING.GOOD LUCK FRIENDS!

Michael Schumacher akan sertai pasukan Mercedes pada 2010

23 Dec

Juara dunia sebanyak 7 kali,Michael Schumacher akan menyambung kariernya sebagai pamandu kereta Formula 1 bersama dengan pasukan Mercedes.

Beliau juga yang merupakan penasihat untuk pasukan Ferrari mendapat lampu hijau untuk berlumba bersama Mercedes.Walaubagaimanapun,Michael Schumacher tetap menjadi penasihat untuk pasukan Ferrari.Schumacher yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 41 pada 3 Januari tahun depan akan mentandatangani kontrak bersama dengan Mercedes dengan jumlah 6.2Million Euro.

Dia juga yang pernah melibatkan diri dengan sukan permotoran menandatangani kontrak tersebut dengan hanya akan berlumba hanya untuk satu tahun sahaja iaitu pada tahun hadapan.Beliau akan berganding dengan Nico Rosberg.

Mungkinkah Michael Schumacher akan kembali dengan prestasi terbaiknya sebelum ini?Aku tak sabar nak tengok Schumacher ni beraksi dekat Sepang nanti.

Kronologi Dunia Internet Loq 2009

21 Dec

Banyak yang aku telah lalui dengan alam internet.Suka,duka,rindu.Perasaan bercampuar baur.Terasa banyak sangat kenangan yang berlaku dalam 2009.Terasa sedih jugak nak meninggalkan tahun ni.Tetapi apekan daya,masa tetap berdetik.Kita  mesti maju kedepan.

(more…)

Dimensions siri hiburan lain daripada yang lain

20 Dec

dimensions

Baru-baru ini Maxis telah melancarkan projek terbaru mereka iaitu Dimensions. Projek ini adalah usahama dengan Astro.Dengan wujudnya Dimensions, suatu revolusi dalam bidang TV/Filem/Drama di tanah air telah tercetus dan semoga dapat diterima ramai.Dimensions merupakan siri hiburan pertama di Malaysia yang khas untuk telefon bimbit dan peranti mudah alih yang lain.

(more…)

Selamat Menyambut Tahun 1431 Hijrah

17 Dec

1431 HijrahAssalamualaikum.Hari ini hari Khamis.Betarikhkan 12 Disember.Mungkin ada diantara kita yang menganggap tiada apa-apa yang berlaku pada tarikh ini.Sebab hanya mengetahui tarikh “orang putih” sahaja. Sebenarnya, 12 Disember harini bersamaan dengan 30 Dzul Hijjah 1430.

Dan kita akan berhijrah ke tahun yang baru iaitu 1 Muharam 1431 Hijrah. Dulu kita mengate orang,menindas orang,mencuri,dan melalukan perkara maksiat yang lain.Tapi itu dulu,pada tahun baru ini marilah sama-sama berubah.Kan bagus kalau kita semua berubah ke arah kebaikan.Dah puas hati dengan amalan yang kita lakukan pada tahun ini? Kalau tidak,mari sama-sama memperbanyakkan amalan-amalan pada tahun hadapan dan seterusnya mendapat keredhaan daripada Allah.Insyallah.

(more…)

Kan bagus kalau aku….

16 Dec

Solat awal
Aku selalu solat dah nak habis waktu. Time hujung-hujung tu.Alangkah bagus kalau aku dapat berubah.Solat awal.Lagi bagus mengimarahkan surau.Solat di surau.

Mengaji selalu dan ibadah sunat lain
Kan lebih bagus kalau aku habiskan maca cuti ni dengan mengaji.Daripada aku menghabiskan macam dengan tidur,bermain game,dan chatting.

Tidur malam
Kan lebih bagus kalau aku tidur ikut masa.Tidur ikut waktu yang sesuai untuk pelajar macam aku ni.Aku selalu tidur lewat.Walaupun masa hari persekolahan.Aku tahu ni memang tabiat buruk aku.Tapi tabiat ni memang susah aku nak buang.Aku memang dilahirkan nocturnal mungkin?

Selalu mengemas rumah
Aku akan mengemas rumah bila rumah betul-betul dah bersepah.Kan bagus kalau aku ni seorang yang pentingkan kekemasan dan kebersihan rumah.Ibu ayah aku mesti suka kalau aku jadi macam tu.

Anak soleh
Ibu dengan ayah aku mesti suka kalau aku jadi anak yang soleh.Ikut nasihat.Selalu mendoakan ibu ayah.

Kalau semua di atas aku tunaikan,mesti ibu dan ayah aku jadi parents yang paling gembira dalam dunia ni.

PipeBytes memudahkan untuk transfer file!

13 Dec

pipebytes

Masa online Yahoo Massenger (YM) korang nak tukar-tukar file kan? Transfer file. Samadamp3,document,gambar,video porno dan lain-lain lagi. Tapi Streamyx, Celcom, Maxis broadband buat hal la pulak. Connection gagal. Kerja korang tergendala. Mesti frust gile kan? Aku ade satu solution untuk korang cuba.

(more…)

Page 1 of 912345»...Last »